Short Story

Kempen ini untuk merayu derma kilat bagi membantu Iltizam Relief bersiap siaga dan menggerakkan bantuan banjir yang mana juga termasuk bantuan pasca banjir. Banjir telah melanda pantai barat, dan pantai timur akan menyusul. Ayuh kita hulurkan sedikit ringankan beban.

RAYUAN KECEMASAN BANTUAN BANJIR

by Iltizam Relief Society

Rated 0 out of 5
  • RM100,000.00

    Funding Goal
  • RM0.00

    Funds Raised
  • 0

    Days to go
  • Target Date

    Campaign End Method
Raised Percent :
0%
This campaign has been invalid or not started yet.
Malaysia, Malaysia

Iltizam Relief Society

1 Campaigns | 0 Loved campaigns

See full bio

Campaign Story

Seperti diramal MetMalaysia, pantai barat sudah mula dilanda banjir. Baru-baru ini Selangor dan Perak.

Menjelang akhir tahun Pantai Timur pula akan menyusul.

Ramalan terkini mengatakan bermula 11 November 2023 ini, episod hujan monsun berterusan akan bermula sehingga Mac 2024.

Iltizam Relief Society mendapat permintaan untuk membantu dengan barang makanan, kit kebersihan, tilam, bantal, dapur gas dan lain-lain.

Ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) dari November 2022 – Mac 2023, Iltizam Relief Society telah membantu:

  • 5,460 keluarga mangsa banjir di Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah
  • 22,000 ribu orang telah dibantu
  • 125 pelajar yang sedang menduduki SPM dalam keadaan sehelai sepinggan telah dibelikan baju baharu

Hanya Allah mampu membalas sumbangan anda semua!

Merujuk kepada ramalan cuaca dan keadaan cuaca semasa, banjir besar boleh berlalu bila-bila masa sahaja.

Oleh itu, ayuh, hulurkan derma kilat anda sekarang supaya kami boleh menggerakkan bantuan segera apabila berlaku banjir besar.

Dalam masa terdekat, kami mendapat permintaan untuk membantu 107 keluarga di kawasan Kuala Langat, yang baru sahaja banjir beberapa hari.

Marilah sama-sama kita bantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat” (HR Muslim)

Kami memohon anda menderma sekarang kerana apabila banjir berlaku, kami boleh bertindak dalam masa 48 jam.