Infaq Makanan Bermasak

by Brainy Bunch Foundation

Rated 0 out of 5
  • RM100,000.00

    Funding Goal
  • RM360.00

    Funds Raised
  • 0

    Days to go
  • Target Goal

    Campaign End Method
Raised Percent :
0.36%
Minimum amount is RM10 Maximum amount is RM Put a valid number
RM

Brainy Bunch Foundation

60 Campaigns | 0 Loved campaigns

See full bio

Campaign Story

Jika anda dan keluarga sedang menikmati hidangan tengahari atau makan malam yang lazat, luangkan sedikit masa memikirkan tentang jiran atau orang di sekeliling anda, tanya diri sendiri adakah mereka mendapat nikmat yang sama.

Sejak pandemik Covid-19 melanda hampir dua tahun, banyak cerita meruntun jiwa dikongsikan di media sosial tentang keadaan keluarga miskin yang terputus sumber pendapatan sehingga tidak mampu membeli bekalan makanan untuk keluarga.

Lebih membimbangkan, kes bunuh diri juga banyak dilaporkan akibat tekanan-tekanan yang dihadapi.

Sebagai anggota masyarakat kita tidak boleh berdiam diri, sekadar membaca dan bersimpati sebaliknya hulurkan bantuan atau sekurang-kurangnya sumbangan untuk membantu mereka yang terjejas.

Sejak PKP 1.0, Brainy Bunch Foundation telah menganjurkan puluhan kempen bagi membantu golongan memerlukan termasuk Program Zero Hunger yang telahpun membantu ribuan keluarga dengan memberi bantuan barang asas makanan di seluruh semenanjung Malaysia.

Selain makanan asas, kami juga telah mengagihkan lebih 60,000 pek makanan bermasak kepada masyarakat di sekitar Lembah Klang dengan harapan tiada anggota masyarakat kita yang kelaparan.

Program agihan makanan bermasak ini akan diteruskan lagi untuk membantu lebih ramai mereka yang memerlukan.

Justeru, kami mengalu-alukan anda yang pemurah untuk berkongsi rezeki menghulur sumbangan melalui kempen Sadaqah yang akan dilancarkan.

“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

#BrainyBunchFoundation
#MalakatEco
#SadaqahMarket