Emergency Fund for Gaza -Ramadan
by Admin
-
RM100,000.00
Funding Goal -
RM0.00
Funds Raised -
0
Days to go -
Target Goal
Campaign End Method
Raised Percent :
0%
Campaign Story
Gaza berdarah lagi! 

Baru-baru ini, gencatan senjata yang dijanjikan antara Israel dan Gaza telah dilanggar dengan kejam oleh Israel 

Serangan udara yang dilancarkan pada 18 Mac 2025 mengakibatkan lebih daripada 400 nyawa terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa serangan tersebut adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memusnahkan Hamas dan membebaskan tebusan Israel. Tindakan ini tidak hanya menambah kesengsaraan yang sudah dirasai oleh rakyat Gaza, tetapi turut mengundang kecaman keras dari komuniti antarabangsa 

Di saat-saat getir ini, kita tidak boleh berpangku tangan

Rakyat Gaza sangat memerlukan bantuan kita – makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian – semua keperluan asas yang semakin sukar didapati 

Brainy Bunch Foundation kini membuka Emergency Fund 4 Gaza untuk mengumpul sumbangan bagi membantu keluarga yang terkesan di Gaza. Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM100,000 untuk membantu meringankan beban mereka

Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan. Setiap sumbangan yang kita beri boleh membuat perbezaan besar dalam kehidupan mereka yang sedang berjuang untuk terus hidup 

Imbas QR code pada poster untuk menyumbang.