Bantuan Untuk Adik Haikal
-
RM20,000.00
Funding Goal -
RM475.00
Funds Raised -
0
Days to go -
Target Goal
Campaign End Method
Campaign Story
Sadaqah Jumaat pada minggu ini akan didedikasikan kepada Tuan Nazri, untuk tujuan membantu beliau membiayai pembedahan bayinya yang berusia dua bulan. Baru-baru ini, anak beliau yang bernama Haikal telah menjalani pembedahan Tenotomi Left Clubfoot’ dan memerlukan kasut khas untuk memudahkan proses pembesarannya. Kasut khas ini juga perlu diganti setiap enam bulan. Sedekah ini dapat membantu beliau membeli kasut pertama untuk anaknya dan kasut seterusnya pada masa hadapan, insya-Allah.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan beliau sekeluarga dari segi kewangan dan memberikan keselesaan kepada anaknya agar dapat membesar dengan sihat, insya-Allah.
Bagi sesiapa yang ingin menderma, sila klik pautan berikut:
Semoga Allah merahmati dan membalas setiap sumbangan anda pada hari Jumaat yang penuh baraqah ini. Amin!
#BantuanUntukBabyHaikal
#BBFoundation