Bantuan Susu Kanak-kanak B40

by Coach Hailmy

Rated 0 out of 5
  • RM1,000,000.00

    Funding Goal
  • RM24,280.00

    Funds Raised
  • 44

    Days to go
  • Target Goal

    Campaign End Method
Raised Percent :
2.43%
Minimum amount is RM10 Maximum amount is RM Put a valid number
RM
Malaysia, Malaysia

Coach Hailmy

17 Campaigns | 0 Loved campaigns

See full bio

Campaign Story

Bantuan Susu Kanak-kanak

Bayangkan disaat kita mendengar tangisan anak-anak kita apabila mereka menangis mahukan susu, secara automatiknya dengan pantas kita bergegas untuk siapkan susu.

Namun nasib kita tak sama, dikala kita masih mampu berikan anak kita susu seperti biasa, ada dikalangan kita yang sudah terputus bekalan susu dek kerana hilangnya punca pendapatan terutamanya di kala PKP sedang dilaksanakan.

Antara mereka yang terjejas adalah golongan B40 yang punca pendapatan mereka adalah gaji hari. Namun sejak PKP dilaksanakan pendapatan mereke turut terjejas.

Sebelum ini pihak kami melalui program Zero Hunger ini hanya memberi bantuan berupa makanan asas. Namun setiap kali penghantaran kerumah-rumah ramai dikalangan mereka bertanya akan bantuan berupa susu anak.

Hati ayah atau mak mana yang tak pilu bila anak yang menangis bila situasi ini berlaku?

Bukan mereka yang pinta untuk berada dalam keadaan ini, tapi apakan daya mereka.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Atas asbab inilah dan mengambil barakah dihari Jumaat dalam bulan Ramadhan ini kami di Yayasan Brainy Bunch, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui program Zero Hunger ingin melancarkan kempen sumbangan bekalan susu untuk golongan B40 ini.

Disini kami ingin merayu kepada anda semua yang membaca mesej ini untuk turut sama menyumbang kepada kempem “Tangisan Anak B40”.

Ingat bantuan anda sangat berharga dan bermakna demi menghentikan tangisan anak-anak kecil yang terputus bekalan susu ini.

Selepas menyumbang ayuh kongsikan kempen ini dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda.

#ZeroHunger
#MalakatMall
#ppim
#BrainyBunch
#KoPPIM
#RaudhahGrocer